Ibu kesal beri nama anak bunyi seperti virus - Utusan Malaysia

Ibu kesal beri nama anak bunyi seperti virus

SEORANG wanita mengaku merasa tidak tenang selepas tersilap memilih nama anaknya.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang ibu mengambil keputusan menukar nama anak perempuannya selepas secara tidak sengaja memberi nama unik yang dikhuatiri kedengaran seperti ‘virus’.

Dalam catatan kepada Reddit, wanita itu mengakui memilih nama anak perempuannya secara tergesa-gesa kerana ingin melengkapkan sijil kelahiran sebelum meninggalkan hospital namun mula menyesal dengan pemilihan nama puterinya selepas 18 bulan bayi itu dilahirkan.

Wanita itu turut mengadu merasa bimbang anak perempuannya mungkin dibuli kerana nama panggilannya yang kedengaran aneh apabila dia mula bersekolah tetapi khuatir jika sudah terlambat untuk menukar nama itu.

“Nama Genevieve Iris kelihatan sangat indah, tetapi nama manis itu terdengar seperti sesuatu yang berbeza sama sekali apabila disebut dengan pantas mengikut urutan.

“Saya takut nama tengah anak saya berbunyi seperti ‘virus’ apabila  menyebutnya dengan cepat. Akan kedengaran seperti Geneve Virus pula,” jelas ibu itu dalam catatannya.

Bagaimanapun wanita itu bernasib baik kerana mendapat komen positif warga net yang menyokongnya untuk segera menukar nama anaknya di pejabat pendaftaran jika merasa bimbang walaupun ramai turut berpendapat nama itu cukup unik.

Lapor Mirror UK, dalam kemas kini siarannya, wanita itu mengucapkan terima kasih kepada pengguna media sosial atas input mereka dan membantu dia dan suaminya mencari penyelesaian tentang nama anaknya itu.

“Kami mengekalkan Genevieve kerana kami masih menghargai keindahan dan versatilitinya. Kami bersetuju untuk menggugurkan Iris dan memilih nama tengah dwibahasa berbeza yang mempunyai bonus tambahan untuk hubungan keluarga kami yang berasal dari Mexico,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN