Gempa Turkiye: Ramai kontraktor, pemilik hotel, pengurus ditahan

Gempa Turkiye: Lebih ramai kontraktor, pemilik hotel, pengurus ditahan

PENDUDUK berjalan di sebelah bangunan yang runtuh di Samandag, Hatay akibat kejadian gempa bumi minggu lalu. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ADIYAMAN: Mahkamah di Turkiye mengeluarkan perintah reman ke atas beberapa kontraktor bangunan, pemilik dan pengurus hotel yang runtuh dalam kejadian dua gempa bumi dahsyat yang menggegarkan negara itu.

Lapor Agensi Anadolu, Pejabat Ketua Pendakwa Raya di Adiyaman menerusi kenyataan memaklumkan seorang kontraktor bernama Ersin Tekin direman selepas tujuh orang maut akibat runtuhan bangunan yang dibinanya lima tahun lalu di bandar tersebut. 

Waran tangkap dikeluarkan terhadap seorang lagi suspek yang didakwa subkontraktor bangunan yang sama.

Pada masa sama, pemilik dan tiga pengurus Hotel Isias terletak di wilayah Adiyaman turut direman susulan kematian beberapa individu termasuk anggota pasukan bola tampar Turki Cyprus Utara (TRNC) dalam runtuhan bangunan itu.

Sementara itu, seorang lagi suspek juga direman atas dakwaan mempunyai kaitan dengan pembinaan tidak sempurna pada bangunan yang runtuh di wilayah selatan Adana.

Berdasarkan angka terkini, lebih 39,000 orang terkorban akibat dua gempa bumi kuat melanda selatan Turkiye pada 6 Februari lalu.

Gempa bumi berukuran 7.7 dan 7.6 magnitud berpusat di Kahramanmaras turut menggegarkan 10 wilayah lain termasuk Hatay, Gaziantep, Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Kilis, Malatya, Osmaniye, Elazığ dan Şanlıurfa.

Lebih 13 juta penduduk yang tinggal di kawasan itu terjejas akibat gempa bumi dahsyat itu. 

Beberapa negara termasuk Syria dan Lubnan turut merasai gegaran kuat dalam tempoh kurang 10 jam.

* DOA `GADIS AJAIB’ CEPAT SEMBUH   

Sementara itu, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mendoakan kesembuhan mangsa gempa bumi, Aleyna Ölmez yang diselamatkan dari bawah runtuhan pangsapuri di Kahramanmaras.     

Aleyna Ölmez yang turut digelar `gadis ajaib’ apabila berjaya ditarik hidup-hidup dari runtuhan selepas remaja berusia 17 tahun tertimbus di bawa runtuhan selama 248 jam akibat gempa bumi melanda negara itu.

Menurut Direktorat Komunikasi Turkiye dalam satu kenyataan, Erdogan menerusi panggilan telefon mendoakan agar ‘gadis ajaib’ itu cepat sembuh.

Beliau turut memaklumkan akan melawat remaja itu sebaik tiba di Ankara.    

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.