BMKG saran tadah air hujan tangani musim kemarau

BMKG saran tadah air hujan tangani musim kemarau

BMKG menyeru penduduk menadah air hujan sebagai persediaan berdepan musim kemarau.-AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) meminta penduduk di Indonesia untuk menadah air hujan sebagai langkah menangani masalah kekurangan air ketika berdepan musim kemarau beberapa bulan lagi. 

Ketua BMKG, Dwikorita Karnawati berkata, pihaknya meramalkan musim kemarau pada tahun ini jauh lebih buruk berbanding tiga tahun lalu. 

Situasi itu dijangka berlaku berikutan fenomena La Nina yang terus melemah dan berubah ke arah keadaan lebih neutral bermula bulan ini.

“Walaupun pada masa ini hujan masih turun, kami merayu kepada seluruh komuniti dan kerajaan tempatan untuk menjalankan tindakan menadah air hujan dengan menggunakan takungan air atau bekas.

“Apabila kemarau datang berterusan, tadahan hujan itu boleh digunakan untuk memenuhi keperluan harian,” kata Ketua BMKG, Dwikorita Karnawati.

Dwikorita berkata, pihaknya khuatir dalam beberapa bulan akan datang hujan dengan intensiti yang rendah dijangka berlaku di beberapa kawasan di Indonesia dan mencetus kemarau.

Antara kawasan yang mungkin akan terdedah kepada kemarau termasuk wilayah Jawa Timur, Bali, Nusa Tenggara Timur (NTT) dan Nusa Tenggara Barat (NTB).-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.