Banteras kahwin bawah umur: Lebih 2,000 orang ditahan - Utusan Malaysia

Banteras kahwin bawah umur: Lebih 2,000 orang ditahan

BEBERAPA lelaki yang didakwa terlibat dalam perkahwinan kanak-kanak ditahan polis di Guwahati. - ANI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUWAHATI: Polis di Assam, India berjaya menahan lebih 2,000 individu selepas didapati berkahwin atau mengatur perkahwinan dengan gadis bawah umur.

Ketua Menteri negeri Assam, Himanta Biswa Sarma menyifatkan langkah itu sebagai operasi berterusan dalam usaha menghapuskan amalan berkenaan.

Menurut Himanta, polis mula menahan individu berkenaan pada Khamis lalu dan dijangka lebih ramai lagi akan ditangkap termasuk mereka yang membantu mendaftarkan perkahwinan demikian di kuil atau masjid.

“Perkahwinan bawah umur merupakan penyebab utama disebalik kehamilan pada usia kanak-kanak yang menyebabkan kadar kes kematian ibu dan bayi yang tinggi,” katanya.   

Perkahwinan di bawah umur 18 tahun adalah dilarang di India, namun undang-undang itu dilanggar secara terang-terangan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan jumlah perkahwinan bawah umur di India adalah tertinggi di dunia, iaitu menyaksikan lebih 220 juta pengantin kanak-kanak. 

Berdasarkan laporan agensi kanak-kanak PBB, UNICEF pada 2000, hampir 1.5 juta gadis bawah umur dikahwinkan setiap tahun.

Kerajaan negeri Assam mendaftarkan kes berhubung perkahwinan bawah umur terhadap 4,004 individu. 

Sementara itu, Ketua Pengarah Polis Assam, GP Singh berkata, seramai 2,044 orang ditahan pada hari pertama operasi termasuk 52 sami dan pegawai undang -undang yang membenarkan perkahwinan bawah umur itu.

Katanya, kanak-kanak seawal usia 12 tahun masih berkahwin dengan lelaki di negeri itu dan polis mengemukakan sejumlah 4,074 kes untuk disiasat. – REUTERS/AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya