Bakal jemaah tanggung kerugian jika kos haji tidak dinaikkan - Utusan Malaysia

Bakal jemaah tanggung kerugian jika kos haji tidak dinaikkan

NURUL GHUFRON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Agama Indonesia mencadangkan yuran haji yang dibayar oleh bakal jemaah di negara ini dinaikkan kepada 69 juta rupiah (RM19,120) tahun ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembasmian Rasuah (KPK), Nurul Ghufron berkata, sekiranya yuran haji tidak dinaikkan tahun ini, bakal jemaah yang belum berangkat akan mengalami kerugian.

Nurul berkata, tahun lalu kerajaan Arab Saudi secara tiba-tiba menaikkan jumlah kos haji kepada 98.3 juta rupiah (RM28,046).

Pemerintah Indonesia kemudian bertindak balas dengan mengeluarkan keputusan yang mengatur penambahan nilai pembiayaan kepada sekitar 60 peratus daripada keseluruhan kos untuk menunaikan ibadah haji.

“Sekiranya keadaan ini berterusan, tidak lama lagi dana Badan Pengurusan Kewangan Haji (BPKH) akan habis kerana terpaksa menanggung perbelanjaan jemaah haji yang berlepas.

“Siapakah yang rugi? Yang pastinya bukan yang keluar menunaikan haji tetapi jemaah yang belum bertolak kerana sudah menanggung kos jemaah yang bertolak apabila nilai kelebihan mengurus haji itu sudah diambil,” katanya.

Justeru, Nurul meminta kerajaan memuktamadkan wacana kenaikan kos haji tahun ini kerana beliau bimbang pemergian jemaah haji Indonesia pada tahun-tahun mendatang akan terbantut sekiranya kos haji tahun ini tidak dinaikkan.

KPK sebelum ini telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Agama, Yaqut Cholil Qoumas bagi membincangkan pelaksanaan ibadah haji tahun ini.

Dalam pertemuan itu, Yaqut memberi jaminan sistem pembiayaan haji tahun ini akan dilaksanakan dengan berhemah bagi menjaga kesinambungan bakal jemaah haji dari Indonesia pada tahun-tahun akan datang.

“Ini sudah tentu salah satu usaha untuk menjaga kelestarian kewangan haji agar jemaah yang akan berlepas tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya tidak menggugat hak jemaah yang belum berangkat,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya