30,000 tentera upahan Russia terbunuh atau cedera di Ukraine

30,000 tentera upahan Russia didakwa terbunuh atau cedera di Ukraine

TENTERA upahan yang terkorban dikebumikan di tapak perkuburan di wilayah Krasnodar, barat daya Russia. - AGENSI      
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Lebih 30,000 tentera upahan kumpulan Wagner dipercayai sama ada terbunuh atau cedera ketika bertempur bagi pihak Russia, sejak permulaan perang di Ukraine.

Lapor BBC, Jurucakap White House, John Kirby mendakwa kumpulan tentera upahan itu berdepan `kehilangan besar’ sejak beberapa minggu lalu, apabila kira-kira 9,000 anggotanya terkorban ketika berperang.   

Menurut Kirby, kebanyakan tentera upahan yang maut membabitkan anggota yang tidak terlatih.

Malah, beliau percaya kira-kira 90 peratus daripada anggota yang terbunuh adalah banduan yang direkrut dari penjara oleh Wagner untuk menyertai peperangan. 

Meskipun ramai tentera upahan pasukan itu terkorban, Wagner masih memperoleh manfaat dalam pertempuran di sekitar bandar Bakhmut.

Kumpulan Wagner merupakan sebuah perbadanan ketenteraan persendirian Russia. 

Beberapa pertempuran sengit berlaku di sekitar bandar itu, dengan anggota tentera upahan Wagner banyak terlibat dalam operasi Rusia untuk menawannya.   

Sebelum ini, tentera Ukraine mendakwa askar upahan Wagner dikerahkan dalam jumlah besar untuk melakukan serangan di kawasan terbuka.

Malah, seorang jurucakap tentera Ukraine mendakwa Moscow gagal memindahkan anggota tentera yang cedera dan terkorban sehingga mayat bergelimpangan di merata-rata kawasan itu.   

Sementara itu, pegawai perisikan United Kingdom (UK) menganggarkan sekitar 175,000 hingga 200,000 anggota tentera Russia dan tentera upahan Wagner terjejas.

Jelasnya, jumlah itu termasuk kira-kira 40,000 hingga 60,000 anggota terkorban.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya