Wanita terkejut dikerumuni jemaah bersolat - Utusan Malaysia

Wanita terkejut dikerumuni jemaah bersolat

TANGKAP layar video wanita dikerumuni jemaah ketika waktu solat Jumaat di sebuah tempat letak kenderaan. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kisah seorang wanita dikerumuni jemaah ketika waktu solat Jumaat selepas terjaga daripada terlelap, menjadi tular dalam media sosial di Indonesia.

Lapor liputan6.com, wanita berkenaan difahamkan tersalah parkir kereta di sebuah tempat letak kenderaan yang digunakan sebagai lokasi solat pada setiap hari Jumaat. 

Wanita itu berkongsi video mengenai pengalamannya melalui akaun TikTok @areneaprillia pada 25 November tahun lalu.

Dalam video tersebut, wanita itu terlelap di dalam keretanya dan hanya terjaga apabila orang ramai sedang solat Jumaat.

Rakaman video itu memaparkan detik unik tersebut, dengan kapsyen tertera `terlelap dalam kereta dan terjaga ketika solat Jumaat’.

“Apabila saya tersedar, saya terkejut melihat kereta saya dikelilingi jemaah sedang bersolat.

“Saya ingat saya parkir di tempat letak kenderaan kerana kereta terletak betul-betul di hadapan deretan motosikal yang juga diletakkan,” katanya.

Video yang dimuat naik itu menerima lebih 105,000 tanda suka dan pelbagai reaksi serta komen daripada warganet.    

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya