Video tular kejadian culik di Bekasi tidak benar  - Utusan Malaysia

Video tular kejadian culik di Bekasi tidak benar 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEKASI: Polis mengesahkan sebuah video tular menunjukkan kanak-kanak dibius dengan ubat dan diculik di Bekasi di Jawa Barat adalah palsu.

Lapor Detik.com, video yang tersebar di aplikasi pesanan itu menunjukkan seorang kanak-kanak sedang duduk di laman rumahnya.

Kemudian, datang lelaki berjaket hitam yang kemudian dilihat memberikan sesuatu kepada kanak-kanak itu.

Tidak lama selepas itu, lelaki berkenaan dikatakan menekup muka  kanak-kanak tersebut yang dilihat meronta-ronta cuba untuk melepaskan diri. 

Lelaki berkenaan kemudian memasukkan kanak-kanak yang sudah pengsan ke dalam guni berwarna putih.

Ketua Polis Bekasi Utara, Arwan berkata, naratif video itu salah.

“Kejadian dikatakan berlaku di Kompleks Perumahan Wisma Asri di Bekasi. Lelaki itu terus sahaja masuk ke dalam rumah dan aksi anak dibius dan dimasukkan ke dalam guni dirakam kamera litar tertutup. 

“Tetap waspada cerita yang beredar kerana naratif videonya salah dan tidak berlaku di Bekasi,” katanya.

Polis masih belum mengetahui lokasi dan waktu sebenar kejadian dalam video itu berlaku namun Arwan meminta penduduk memeriksa kebenarannya sebelum menyebarkan video tersebut.

“Yang jelas kejadian itu tidak berlaku di Bekasi Utara.

“Jadi kepada seluruh masyarakat, jangan mudah terpengaruh dengan berita yang belum pasti kebenarannya, sebaliknya semak dulu kesahihannya,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.