Timbalan Menteri Nepal digugurkan - Utusan Malaysia

Timbalan Menteri Nepal digugurkan

MAHKAMAH Agung Nepal memutuskan Rabi Lamichhane bertanding dalam pilihan raya tahun lalu menggunakan dokumen kewarganegaraan yang tidak sah.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU: Mahkamah Agung Nepal memutuskan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Rabi Lamichhane telah bertanding dalam pilihan raya tahun lalu menggunakan dokumen kewarganegaraan yang tidak sah.

Keputusan itu sekali gus membatalkan statusnya sebagai penggubal undang-undang dan secara automatik digugurkan daripada jawatan yang disandangnya kini.

Lamichhane memegang portfolio hal ehwal dalam negeri dan mengetuai kementerian yang menyelia kad pengenalan dalam pakatan tujuh parti yang mengambil alih kuasa bulan lalu.

Dalam keputusan yang diumumkan kelmarin, lima anggota perlembagaan mahkamah tertinggi itu berkata, lelaki berusia 48 tahun itu bertanding pada pilihan raya November lalu menggunakan sijil kewarganegaraan yang tidak sah selepas meninggalkan kewarganegaraan Amerika Syarikat (AS).

“Dia kehilangan jawatan menteri dan akan ada pilihan raya kecil di kawasannya,” kata Peguam Lamichhane, Sunil Pokhrel.

Bagaimanapun, menurut Penganalisis Politik, Krishna Khanal, pengguguran Lamichhane tidak akan menjejaskan masa depan pakatan pemerintah.

Lamichhane yang pernah menjadi hos rancangan televisyen popular sebelum menceburi bidang politik, enggan memberikan sebarang komen berhubung isu tersebut.

Pokhrel memaklumkan, Lamichhane kini akan berusaha untuk mendapatkan kad kerakyatan biasa dan bakal bertanding dalam pilihan raya kecil di kawasan sama di selatan Nepal.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.