Sunak dikecam tak pakai tali pinggang keledar - Utusan Malaysia

Sunak dikecam tak pakai tali pinggang keledar

RISHI Sunak membuat ucapan di dalam kereta yang sedang bergerak tanpa memakai tali pinggang keledar.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Polis akan meneliti video dimuat naik Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak selepas beliau dikecam kerana dikatakan tidak memakai tali pinggang keledar ketika berada di dalam kereta yang sedang bergerak.

Lapor Mirror UK, jurucakap Sunak  yang menyiarkan video itu di media sosial berkata, kesilapan itu tidak disengajakan dan Sunak telah memohon maaf berhubung perkara tersebut.

“Perdana Menteri percaya semua orang harus memakai tali pinggang keledar dan sekali lagi, saya rasa saya telah menjelaskan bahawa terdapat sedikit salah faham. 

“Beliau hanya mencabutnya untuk tempoh yang singkat ketika merakam klip video tersebut tetapi beliau menerima perkara itu sebagai satu kesilapan dan memohon maaf,” kata jurucakap itu.

Sunak memuat naik video yang dilaporkan dirakam di Lancashire melalui akaun Instagram rasminya yang mempunyai 1.3 juta pengikut.

Dalam video itu, Sunak berucap dengan nada gembira mengumumkan butiran kenaikan peruntukan dana untuk rakyat yang dikeluarkan kerajaan pimpinannya.

“Secara keseluruhan, kami mengumumkan lebih 2 bilion pound (RM10.6 bilion) pembiayaan yang akan digunakan untuk menyokong projek di 100 komuniti tempatan berbeza di seluruh United Kingdom (UK). Kini saya keluar dan melihat progresnya di seluruh negara.

“Anda boleh mengikuti perkembangan saya semasa saya mengelilingi negara hari ini secara dalam talian atau pergi ke laman web Kerajaan di mana anda boleh melihat peta interaktif semua yang kami lakukan,” ucapnya dalam video berkenaan.

Ramai warga net secara sinis meluahkan rasa bimbang dan mempersoalkan sama ada Sunak memakai tali pinggang keledar sepanjang perjalanan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya