Serangan Russia di Dnipro: Angka kematian meningkat kepada 40 - Utusan Malaysia

Serangan Russia di Dnipro: Angka kematian meningkat kepada 40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DNIPRO: Angka korban akibat serangan peluru berpandu di bandar Dnipro di tengah Ukraine, meningkat kepada 40 orang.

Kes kematian itu dilaporkan ketika pasukan penyelamat berusaha mencari 25 orang yang masih terperangkap dalam runtuhan bangunan selepas Russia melancarkan serangan paling dahsyat sejak pencerobohan di Ukraine.

Perkhidmatan kecemasan mengemaskini jumlah kematian baharu dengan menyatakan tiga kanak-kanak antara mangsa yang maut.

Jelasnya, seramai 77 orang cedera dalam serangan itu.

Timbalan Ketua Presiden, Kyrylo Tymoshenko menegaskan operasi mencari dan menyelamat tidak akan berakhir sehingga mayat semua mangsa ditemukan.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mengecam dan menyifatkan serangan peluru berpandu itu sebagai jenayah perang.

“Tidak syak lagi, pihak yang bertanggungjawab dalam jenayah perang ini akan dikenal pasti dan dibawah ke muka pengadilan,” katanya dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.

Sebelum ini, Kyiv meminta lebih banyak senjata berat dibekalkan kepada negaranya bagi mempertahankan diri dalam perang.

Rentetan itu, Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak berikrar menyediakan kereta kebal Challenger 2 ke Ukraine, menjadikannya negara Barat pertama yang membekalkan kereta kebal berat ke Kyiv.

Namun, Presiden Russia, Vladimir Putin memberi amaran lebih banyak persenjataan hanya akan meningkatkan pertempuran dan Kremlin berjanji untuk membakar peralatan itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya