Seorang maut, konvoi motosikal tersesat dalam hutan - Utusan Malaysia

Seorang maut, konvoi motosikal tersesat dalam hutan

SEORANG maut selepas konvoi motosikal tersesat di hutan Nagari Banja Loweh di Sumatera Barat.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seramai 14 orang anggota kumpulan Persatuan Pengembara Trabas (ITA) dilaporkan tersesat di kawasan hutan di Nagari Banja Loweh di Sumatera Barat selepas menyertai aktiviti konvoi Ahad lalu. 

Menurut CNN Indonesia, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berjaya memindahkan semua anggota komuniti motosikal itu petang kelmarin, namun seorang daripada mereka dilaporkan sudah meninggal dunia.

Koordinator Pos Kawalan Pasukan SAR, Robi Saputra berkata, pihaknya segera menghantar pegawai untuk melakukan pencarian selepas menerima laporan mengenai anggota komuniti motosikal yang sesat di dalam hutan pada waktu tengah malam Ahad lalu.

“Petugas berjaya menemukan mereka pada hari Isnin kira-kira pukul 2.00 petang waktu tempatan.

“Semua mangsa telah dipindahkan dari tempat kejadian tetapi malangnya seorang meninggal dunia kerana sakit. Mayat ahli berusia 60 tahun itu sudah dibawa ke Hospital Suliki untuk dituntut keluarga,” jelasnya.

Usaha mencari anggota konvoi motosikal yang sesat di dalam hutan itu melibatkan pegawai SAR, Polis Suliki, Badan Pengurusan Bencana Wilayah, bomba dan penduduk.

Menurut laporan yang diterima pasukan SAR, anggota (ITA) berkonvoi untuk melakukan aktiviti luar di kawasan hutan Banja Loweh dan merancang pulang pada sebelah petang.

Bagaimanapun, hujan lebat melanda kawasan itu menyebabkan mereka terpaksa berteduh dan gagal mencari jalan keluar dari hutan apabila keadaan bertukar gelap menjelang malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya