Pele disemadi di tapak perkuburan tertinggi dunia - Utusan Malaysia

Pele disemadi di tapak perkuburan tertinggi dunia

PELE akan disemadikan di Memorial Necrópole Ecumênica setinggi 14 tingkat di Santos.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAO PAULO: Lagenda bola sepak, Pele akan dikebumikan di tanah perkuburan setinggi 14 tingkat di  Santos Selasa ini selepas tiga hari upacara berkabung rasmi.

Lapor Daily Mail, jenazah juara Piala Dunia tiga kali yang meninggal dunia semalam, akan dibawa dari Hospital Albert Einstein di Sao Paolo ke Stadium Vila Belmiro di mana orang ramai akan dapat memberi penghormatan terakhir mereka.

Jenazah Pele akan kekal di bulatan tengah di stadium itu selama 24 jam sebelum dibawa melalui jalan-jalan di bandar kelahirannya dan berhenti sebentar di luar rumah ibunya, Celeste, berusia 100 tahun yang kini terlantar di katil.

Dia kemudiannya akan dibawa untuk disemadikan di Memorial Necrópole Ecumênica yang merupakan tapak perkuburan tertinggi di dunia.

Tanah perkuburan menegak itu dibina pada tahun 1983 dan mempunyai lebih daripada 14,000 bilik kebal, taman tropika, restoran serta muzium kereta klasik.

Pele atau nama sebenarnya Edson Arantes do Nascimento, meninggal dunia Khamis lalu pada usia 82 tahun selepas perjuangan yang panjang menentang kanser.

Pengebumiannya terpaksa ditangguhkan untuk memberi lalu kepada majlis perlantikan Presiden baharu Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva pada pagi Isnin.

Di seluruh Brazil, ramai rakyat berkabung dan meratapi pemergian lagenda bola sepak itu dan menyalakan lampu di semua monumen bagi mengenang pemergiannya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN