Pakistan catu elektrik, tutup awal semua kedai, pasar raya

Pakistan catu elektrik, tutup awal semua kedai, pasar raya

GAMBAR menunjukkan suasana kompleks beli-belah di Islamabad, Pakistan. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Kerajaan Pakistan mengambil langkah penjimatan tenaga termasuk menutup semua kedai dan kompleks beli-belah di negara itu seawal pukul 8.30 malam.

Langkah drastik ini diambil berikutan negara berkenaan berdepan dengan kelumpuhan bekalan tenaga dan krisis ekonomi.

Menteri Pertahanan, Khawaja Asif berkata, Kabinet Pakistan juga bersetuju dengan langkah berkenaan yang dijangka dapat menjimatkan sebanyak 62 bilion rupee Pakistan (AS$273 juta).

Pakistan kini kekurangan wang tunai kerana wang yang dijangka masuk di bawah program Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ditangguhkan.

Rizab pertukaran asingnya kini hampir tidak dapat menampung sebulan import yang kebanyakannya adalah untuk pembelian tenaga.

Tambah Khawaja, langkah awal yang dilaksanakan kerajaan termasuk menutup restoran-restoran dan dewan perkahwinan pada pukul 10 malam.

Bagaimanapun, katanya, terdapat perwakilan pasaran yang mendesak untuk memanjangkan tempoh perkhidmatan, tetapi, kerajaan memutuskan terdapat keperluan penutupan awal premis-premis berkenaan.

“Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif ada mengarahkan semua jabatan kerajaan untuk mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak 30 peratus,” ujarnya.

Pendekatan ini terpaksa diambil Pakistan berikutan negara itu kini bergelut menunggu bantuan dana AS$1.1 bilion daripada IMF yang tertangguh sehingga kini. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya