Letupan bom di masjid Peshawar: Angka korban meningkat kepada 92 orang - Utusan Malaysia

Letupan bom di masjid Peshawar: Angka korban meningkat kepada 92 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PESHAWAR: Angka kematian akibat letupan bom di sebuah masjid di bandar Peshawar di barat laut Pakistan, meningkat kepada sekurang-kurangnya 92 orang.

Menurut pihak berkuasa, lebih banyak mayat ditemukan di bawah runtuhan masjid itu.

Letupan oleh pengebom berani mati itu berlaku ketika sebilangan besar penduduk berkumpul untuk menunaikan solat asar di Peshawar, berhampiran kawasan sepanjang sempadan Afghanistan.

Sekurang-kurangnya sembilan mayat ditemukan ketika pasukan penyelamat mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan masjid yang musnah dalam letupan itu.

Jurucakap sebuah hospital di Peshawar, Muhammad Asim mengesahkan jumlah korban meningkat kepada 92 orang selepas lebih banyak mayat dibawa dari lokasi kejadian.

Katanya, kira-kira 150 orang cedera dalam letupan bom itu.

Sementara itu, Ketua Polis Peshawar, Muhammad Ijaz Khan berkata, lebih 90 peratus daripada mangsa merupakan anggota polis.

Jelas beliau, daripada jumlah itu, kira-kira 300 hingga 400 anggota dilaporkan menunaikan solat berjemaah di pekarangan masjid itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya