Kabinet: Pakar ramal kejutan daripada Jokowi - Utusan Malaysia

Kabinet: Pakar ramal kejutan daripada Jokowi

JOKO WIDODO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) meminta semua pihak menunggu berhubung kejutan yang diramal mungkin berlaku Rabu ini selepas ramai membayangkan bakal mendengar pengumuman berkaitan rombakan kabinet pada tarikh tersebut.

Pengarah Eksekutif Parameter Politik Indonesia, Adi Prayitno bagaimanapun beranggapan peluang tentang rombakan kabinet itu dilihat hanya 50 peratus sahaja.

“Saya salah seorang yang percaya pada hari Rabu akan ada kejutan besar. Pertama ialah soal rombakan kabinet yang hangat diperkatakan baru-baru ini selepas Parti Nasional Demokrat (Nasdem) menyokong bekas Gabenor Jakarta, Anies bertanding pada Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2024. 

“Selain Jokowi, Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP), menunjukkan sikap tidak senang dengan gerak kerja Nasdem. Malah PDIP secara terbuka meminta menteri Nasdem berundur, dinilai, malah dirombak. Kemungkinan rombakan adalah 50 peratus sahaja,” kata Adi.

Adi menjelaskan sebab peluang rombakan kabinet masih belum dapat dipastikan kerana beliau menganggap Jokowi masih dalam dilema antara mendengar keluhan PDIP atau melihat kesetiaan Nasdem.

“Jokowi nampaknya berada dalam dilema antara mendengar hasrat PDIP dan melihat kesetiaan Nasdem. Ia rumit dan gelap gelita. Apa pun gelarannya, Jokowi dan Ketua Umum Nasdem, Surya Paloh sudah lama berkawan baik,” katanya ketika dihubungi Detik.com.

Bagaimanapun, Adi berkata, ada langkah yang Jokowi lakukan selama ini iaitu bertemu dengan pemimpin elit parti berkenaan terlebih dahulu sebelum mengumumkan rombakan kabinet.

“Seperti sedia maklum, Jokowi ada tradisinya. Sama ada rombakan atau tidak, perkara ini mesti dimaklumkan kepada elit parti berkenaan contohnya dipanggil ke Istana dan sebagainya. Jadi, sekali pun Jokowi sudah bertemu Surya, mungkin ada dua perkara, sama ada memaklumkan rombakan atau tiada rombakan langsung.

“Jika tidak ada rombakan, mereka berdua pasti akan bercakap tentang kerjasama dan sebagainya dan pertelingkahan antara PDIP dan Nasdem selama ini tidak bermakna kerana tidak pernah berakhir dengan rombakan,” jelasnya lagi.

Adi meramalkan mungkin berlaku kejutan lain jika tiada rombakan kabinet kerana mungkin petanda Jokowi dan Surya sudah ‘berdamai’.

“Mungkin juga tiada kejutan apa pun, tiada rombakan kabinet. Hanya ada perang yang tidak berkesudahan antara golongan elit. 

“Pertemuan Jokowi dengan Surya menandakan mereka sudah ‘rujuk politik’, bukan konfrontasi, seperti persepsi rakyat selama ini. Ini bermakna mereka yang berharap Jokowi melakukan rombakan pasti akan kecewa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya