Hujan abu landa Tanah Datar - Utusan Malaysia

Hujan abu landa Tanah Datar

KEPULAN asap daripada letusan Gunung Marapi dilihat dari arah Benteng Bukittinggi.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG: Hujan abu dari Gunung Marapi melanda kawasan perkampungan Panyalaian berhampiran Tanah Datar di Sumatera Barat. 

Lapor Kompas.com, lapisan nipis hujan abu melanda rumah penduduk dan kawasan ladang milik masyarakat sekitar. 

“Memang ada hujan abu yang berlaku malam tadi. Namun abunya nipis,” jelas Ketua Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Tanah Datar, Yusnen.

Datuk Bandar Tanah Datar, Eka Putra turut mengeluarkan arahan meminta penduduk berhati-hati dan sentiasa memakai pelitup muka ketika berada di luar.

Beliau turut meminta hasil pertanian dan perladangan yang terkena abu dicuci bersih sebelum dimakan. 

“Hujan abu ini adalah yang kedua sejak Gunung Marapi meletus. Sebelum ini fenomena sama berlaku di Padang Laweh berhampiran Sungai Tarab.

“Hujan abu itu berlaku kerana arah angin menghala ke Koto dan kawasan sekitarnya tetapi masih ringan dan terkawal,” kata Yusnen.

Jelas Yusnen, Gunung Marapi masih berada pada status amaran tahap dua dengan saranan agar penduduk tidak berada di kawasan sekitar tiga kilometer dari puncak gunung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.