Gadis dijanji belajar luncur air namun diperalat seludup ganja - Utusan Malaysia

Gadis dijanji belajar luncur air namun diperalat seludup ganja

MANUELA Vitoria de Araujo Farias ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bali. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang pelancong dari Brazil ditahan polis Bali selepas didapati menyeludup dadah jenis kokain seberat 3.9 kilogram (kg). 

Gadis berusia 19 tahun itu dijanjikan untuk belajar meluncur air di Bali namun dia didakwa dijadikan keldai dadah.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bali, Iwan Eka Putra, kokain itu diseludup di dalam beg pakaian Manuela Vitoria de Araujo Farias.

“Ia amat jelas gadis itu diperdaya oleh rangkaian sindiket Brazil. 

“Kita tidak boleh menganggapnya sebagai kurier kerana dia benar-benar tidak tahu mengenai barangan tersebut,” katanya.

Iwan memberitahu Manuela merupakan penggemar sukan papan luncur air dan dia dijanjikan oleh pihak tertentu untuk mengambil kursus sukan ekstrem itu di Bali.

“Gadis tersebut tidak tahu bahan terlarang itu di dalam beg pakaian yang diberi oleh seseorang kepadanya kerana ketika itu dia tidak ada  beg berkenaan.

“Rangkaian sindiket itu telah membelikan dua beg pakaian kepada gadis berkenaan dan dia menggunakannya untuk membawa barang ke Bali tanpa mengetahui beg tersebut sudah terkandung dadah,” katanya.    

Tambahnya, polis masih belum dapat mengesan penerima dadah itu dan gadis tersebut juga tidak mengetahui lokasi beg pakaiannya.

Dilaporkan, Manuela ditahan oleh sekumpulan pegawai kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai bulan lalu kerana membawa 3.9 kg kokain dan ubat jenis clonazepam seberat 1.63 kg.  

Kini, warga asing itu dinamakan sebagai suspek dan didakwa dengan beberapa pertuduhan berkaitan narkotik dan bahan psikotropik.  

Manuela turut berdepan hukuman mati. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya