China lancar 14 satelit baharu ke angkasa - Utusan Malaysia

China lancar 14 satelit baharu ke angkasa

ROKET Long March-2D yang membawa 14 satelit baharu berlepas dari Pusat Pelancaran Satelit Taiyuan di Wilayah Shanxi, utara China. - XINHUA   
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China berjaya melancarkan 14 satelit baharu ke angkasa lepas dengan menggunakan roket Long March-2D.

Roket Long March-2D yang membawa satelit berkenaan dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Taiyuan di Wilayah Shanxi, utara China 

Roket itu dilancarkan tepat pada pukul 11.14 pagi (waktu tempatan) kelmarin.

Menurut laporan, kesemua satelit tersebut termasuk Qilu-2, Qilu-3, Luojia 3-01 dan Jilin-1 Gaofen 03D34 sudah memasuki orbit sepertimana dijadualkan.

Pelancaran satelit itu merupakan misi penerbangan ke-462 yang menggunakan siri roket pembawa Long March. 

Sementara itu, Perbadanan Sains dan Teknologi Aeroangkasa China (CASC) memaklumkan 14 satelit berkenaan akan digunakan untuk pemantauan persekitaran dan pengurusan kecemasan.

Satelit berkenaan akan digunakan untuk tujuan remote sensing atau penderiaan jarak jauh bumi bagi mengelakkan bencana alam dan menangani impikasinya. – XINHUA/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN