Beruang rakam 400 gambar swafoto satu malam - Utusan Malaysia

Beruang rakam 400 gambar swafoto satu malam

GAMBAR swafoto beruang yang bergambar secara bersahaja. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENVER: Seekor beruang `mensabotaj’ sebuah kamera jejak yang diletakkan untuk merakam gambar hidupan liar di kawasan hutan di Colorado, Amerika Syarikat (AS).

Tanpa disedari, beruang itu tampil bergambar secara bersahaja sehingga merakam kira-kira 400 swafoto dalam tempoh semalaman.  

Lapor portal UPI, pihak pengurusan Open Space and Mountain Parks memaklumkan kamera jejak yang dipasang di kawasan hutan pada November tahun lalu, merakam sebanyak 580 gambar dalam tempoh satu malam.

“Ketika renjer kami sedang memeriksa semua gambar hidupan liar itu, dia mendapati kira-kira 400 imej yang dirakam terdiri daripada swafoto beruang berkenaan.

“Hampir semua gambar beruang itu dirakam secara dekat,” jelas pihak pengurusan itu.

Sementara itu, Colorado Park and Wildlife berkongsi beberapa gambar swafoto beruang tersebut di Twitter.

Pihak pengurusan taman negara itu memuat naik gambar berkenaan, dengan kapsyen tertera `rasa comel, mungkin akan padam nanti’.

Dilaporkan, sebanyak sembilan kamera jejak dipasang sekitar Open Space and Mountain Parks di bandar Boulder bagi membantu para pegawai dan penyelidik mempelajari lebih lanjut mengenai pelbagai hidupan liar di kawasan tersebut.       

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya