Bayi enam bulan antara mangsa maut ditembak di California - Utusan Malaysia

Bayi enam bulan antara mangsa maut ditembak di California

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang bayi berusia enam bulan dan ibunya merupakan antara enam individu terbunuh selepas sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah kediaman di California.

Polis dari pejabat Syerif Tulare County, Mike Boudreaux menyifatkan insiden itu sangat mengerikan.

Katanya, kejadian bersasar itu dipercayai dilakukan oleh kumpulan kartel dadah di California.

Menurut polis, pihaknya percaya dua individu menyerang rumah itu kira-kira pukul 3.30 pagi (waktu tempatan) semalam, lalu bertindak melepaskan tembakan rambang.

Polis tiba di tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada jiran mangsa.

“Ketika sampai di lokasi, kami menemukan beberapa mangsa yang meninggal dunia dan cedera di dalam dan luar rumah itu.

“Seluruh situasi ini adalah tragis. Kami menemukan ibu muda berumur 17 tahun dan anaknya berusia enam bulan yang kedua-dua mangsa ditembak di bahagian kepala,” katanya.

Jelas beliau, dua orang terselamat daripada serangan itu selepas bersembunyi dalam bilik lain di rumah itu manakala mangsa cedera pula diberi rawatan kecemasan oleh responden pertama.

Katanya, seorang daripada mangsa cedera dilaporkan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Kejadian tembakan itu dipercayai berkaitan dengan dadah.

“Kami juga percaya insiden itu bukan satu tindakan keganasan yang rambang, keluarga itu menjadi sasaran kumpulan penjenayah,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya