AS siasat 510 laporan penampakan UFO - Utusan Malaysia

AS siasat 510 laporan penampakan UFO

TANGKAP layar rakaman video UFO yang didedahkan Pentagon pada tahun lalu. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) sedang menjalankan siasatan ke atas 510 laporan penampakan objek terbang tidak dikenali (UFO) di negara itu, yang meningkat tiga kali ganda berbanding jumlah direkodkan pada 2021.  

Kebanyakan penampakan UFO itu dikenal pasti berpunca daripada dron atau belon, namun ratusan lagi masih tidak dapat dijelaskan. 

Berdasarkan laporan dikeluarkan oleh Pengarah Perisikan Negara pada 2022, sebanyak 247 laporan Fenomena Anomali Tidak Dikenali (UAP) difailkan sejak Jun 2021.

Laporan itu turut mendedahkan jabatan itu menerima sebanyak 144 laporan penampakan objek udara yang mencurigakan yang sedang disiasat.

Di samping itu, jelas laporan itu, sebanyak 119 lagi laporan penampakan UFO yang `terkubur’ dalam rekod lama sejak 17 tahun lalu berjaya ditemukan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 510 penemuan UFO.   

Kebanyakan laporan baharu itu dilakukan oleh juruterbang tentera laut dan tentera udara AS.

Daripada jumlah itu, hampir 200 laporan mempunyai penjelasan `biasa’ antaranya disebabkan belon, dron atau kekacauan ruang udara meliputi burung, cuaca dan beg plastik udara.   

Bagaimanapun, selebihnya tidak dijelaskan dan versi laporan yang tidak diklasifikasi sudah dihantar kepada Kongres.

Siasatan dijalankan oleh Pentagon, agensi perisikan AS dan Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) tidak menumpukan terhadap kewujudan makhluk luar angkasa tetapi objek mengintip `negara musuh’ yang tidak diketahui dan berupaya mengancam keselamatan negara.    

Laporan itu menyusul selepas Kongres selama beberapa tahun memberi tekanan kepada pasukan tentera dan agensi perisikan untuk memandang serius mengenai laporan penampakan objek misteri.

Tentera AS bimbang beberapa UAP yang dikesan juruterbangnya pada masa lalu mungkin merupakan teknologi negara musuh yang tidak diketahui oleh saintis AS. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya