Air kosong 8 gelas sehari rahsia hidup lama  - Utusan Malaysia

Air kosong 8 gelas sehari rahsia hidup lama 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu kajian dibiayai oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) mendapati individu yang kekal terhidrat sepanjang masa mampu hidup lebih lama dan kurang berisiko menghidap penyakit kronik. 

Lapor Daily Mail, sekumpulan penyelidik menggalakkan individu minum lapan gelas air kosong sehari bagi mendapat pelbagai manfaat termasuk melambatkan proses penuaan.

Kajian yang dijalankan terhadap lebih 11,000 responden berusia lingkungan 30-an itu, mengesan tahap sodium dalam darah, yang dilaporkan meningkat apabila individu kurang minum air.

Kumpulan penyelidik mendapati 64 peratus orang dewasa yang mempunyai tahap sodium tinggi, lebih cenderung menghidap penyakit kronik seperti kegagalan jantung dan serangan strok berbanding individu lain.

Menurut penyelidik, individu dewasa dengan tahap sodium tinggi juga lebih cenderung untuk meninggal dunia pada usia muda.

Para penyelidik juga menekankan kajian terdahulu yang menyimpulkan individu kekal terhidrat dengan baik mampu memanjangkan tempoh jangka hayat manusia sehingga 15 tahun.

Kumpulan penyelidik turut memaklumkan pengambilan air yang tidak mencukupi boleh menyebabkan keradangan dan kerosakan pada asid deoksiribonukleik (DNA) sekaligus mempercepatkan proses penuaan.  

ementara itu, pengarang utama kajian, Dr. Natalia Dmitrieva berkata, hasil penyelidikan menunjukkan penghidratan yang betul berupaya melambatkan proses penuaan dan memanjangkan jangka hayat manusia.

Katanya, individu boleh meningkatkan pengambilan air dengan selamat untuk memenuhi tahap yang disyorkan.

“Ia boleh dilakukan dengan meminum air kosong atau cecair lain seperti jus, sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi,” katanya.  

Bagaimanapun, kajian itu tidak menyatakan jumlah pengambilan air yang diperlukan untuk melambatkan proses penuaan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya