50 mayat ditemukan dalam kubur besar di Congo - Utusan Malaysia

50 mayat ditemukan dalam kubur besar di Congo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menemukan kira-kira 50 mayat orang awam dalam kubur besar di timur Republik Demokratik Congo.

Penemuan itu dibuat selepas beberapa siri serangan didakwa dilakukan oleh kumpulan bersenjata.

Timbalan jurucakap PBB, Farhan Haq berkata, pasukan pengaman itu menemukan mayat berkenaan ketika melakukan rondaan di wilayah Ituri, susulan serangan ganas dipercayai dilakukan oleh kumpulan CODECO.

“Pasukan kami melaporkan mengenai kewujudan kubur besar yang mengandungi 42 mayat orang awam termasuk 12 wanita dan enam kanak-kanak di kampung Nyamamba.

“Satu lagi kubur yang mengandungi tujuh mayat lelaki turut ditemukan di kampung Mbogi,” katanya.

Susulan itu, Haq menggesa satu siasatan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada penemuan kubur besar itu mempunyai kaitan dengan serangan kumpulan tersebut.

“Monusco menyokong sistem kehakiman Congo untuk menyiasat serangan terbabit dan menggesa pihak bertanggungjawab diheret ke muka pengadilan,” katanya.

Ituri, wilayah bergolak yang bersempadan dengan Uganda, menyaksikan beberapa insiden keganasa sejak beberapa minggu kebelakangan ini, selepas pembunuhan seorang guru daripada komuniti Lendu mencetus serangan balas kumpulan CODECO, yang mendakwa mewakili kumpulan etnik berkenaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya