3 polis maut, kartel cetus kekacauan akibat penangkapan anak lelaki 'El Chapo' - Utusan Malaysia

3 polis maut, kartel cetus kekacauan akibat penangkapan anak lelaki ‘El Chapo’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Tiga anggota pasukan keselamatan maut dalam pertempuran di Sinaloa selepas penahanan anak lelaki ketua dadah terkenal Mexico yang digelar ‘El Chapo’.

Ovidio Guzmán-López yang didakwa sebagai ketua kartel milik bapanya ditahan di Culiacán dan dipindahkan ke Mexico City.

Anggota kumpulan kartel yang marah dengan penahanan itu bertindak membuat sekatan jalan raya, membakar kenderaan dan menyerang lapangan terbang tempatan.

Dua pesawat terkena tembakan, salah satunya ketika sedang bersiap sedia untuk berlepas.

Lebih 100 penerbangan dibatalkan di tiga lapangan terbang Sinaloa dan Gabenor negeri berkata, seramai 18 orang dimasukkan ke hospital akibat kekacauan yang tercetus.

Menurut Menteri Pertahanan, Luis Cresencio Sandoval, Guzmán-López atau digelar ‘The Mouse’ dituduh mengetuai puak kartel Sinaloa bapanya yang merupakan salah satu organisasi pengedaran dadah terbesar di dunia.

Bapanya, Joaquín El Chapo Guzmán, sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup di Amerika Syarikat (AS) selepas didapati bersalah pada tahun 2019 kerana mengedar dadah dan pengubahan wang haram.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN