2 guru ditahan curi kad ATM, rompak wang rakan - Utusan Malaysia

2 guru ditahan curi kad ATM, rompak wang rakan

DUA guru yang mencuri kad ATM dan merompak wang rakannya ditahan di Balai Polis Lampung Timur.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAMPUNG: Dua orang guru wanita di Lampung Timur ditahan polis selepas bertindak mencuri kad mesin juruwang automatik (ATM) rakan sekerja mereka di sekolah dan merompak wang simpanan mangsa berjumlah 50 juta rupiah (RM14,085).

Ketua Polis Daerah Lampung Timur,  Zaky Alkazar Nasution mengesahkan kedua-dua suspek bekerja sebagai guru di Kampung Ratna Daya, Daerah Raman Utara. 

“Kedua-dua suspek mencuri wang milik mangsa yang sebenarnya masih rakan sekerja mereka di sekolah yang sama,” kata Zaky yang dihubungi dari Bandar Lampung,

Berdasarkan pemeriksaan awal, perbuatan memalukan itu bermula apabila kedua-dua suspek mencuri kad ATM milik mangsa di bilik guru pada Disember 2022.

Mangsa hanya menyedari kad ATM dan kertas rekod nombor pinnya hilang ketika hendak mengambil wang dan selepas melaporkan kepada bank, didapati wang simpanannya lesap.

“Suspek mencuri kad ATM di dalam dompet mangsa. Selain itu, suspek juga tahu mangsa menulis nombor pin kad ATM pada sehelai kertas dan mereka turut mengambil kertas itu.

“Selepas itu, mereka mengeluarkan kesemua wang simpanan mangsa melalui mesin pengeluaran tunai di  sebuah cawangan bank di Kampung Kedaton di Daerah Batanghari Nuban,” jelas Zaky.

Kedua-dua suspek berjaya ditahan awal pagi kelmarin dan bakal berdepan hukuman maksimum penjara selama tujuh tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.