Wartawan Lagenda Barbara Walters meninggal dunia - Utusan Malaysia

Wartawan Lagenda Barbara Walters meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Wartawan televisyen terkenal Amerika Syarikat (AS), Barbara Walters meninggal dunia pada usia 93 tahun.

Walters merupakan nama besar yang menaikkan industri yang didominasi lelaki dan menjadi wanita pertama yang mengendalikan rancangan berita utama di AS.

Walters pernah menemu bual beberapa Presiden AS, pemimpin asing seperti Anwar Sadat, Fidel Castro serta selebriti terkenal sepanjang lima dekad kerjayanya sebagai penyampai berita dan wartawan.

Walters memenangi 12 anugerah Emmy, hampir semuanya ketika berkhidmat di rangkaian ABC.

“Barbara adalah legenda sejati, perintis bukan sahaja untuk wanita dalam kewartawanan tetapi untuk kewartawanan itu sendiri,” kata Bob Iger, Ketua Pegawai Eksekutif The Walt Disney Company, dalam satu kenyataan.

Menurut CNN, yang memetik jurucakapnya, Cindi Berger, “Walters meninggal dunia dengan aman di rumahnya dikelilingi oleh orang tersayang.”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.