Wanita bunuh bayi, sorok kelahiran daripada suami - Utusan Malaysia

Wanita bunuh bayi, sorok kelahiran daripada suami

Bayi ditemui depan masjid dengan nota minta maaf tidak mampu untuk jaga. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SURABAYA: Seorang wanita dari Surabaya di Jawa Timur ditahan polis selepas bertindak kejam membunuh dan membuang mayat bayinya di sebuah warung baru-baru ini.

Lapor kompas.com, wanita itu ditangkap dan dibawa ke balai polis Gayungan kelmarin berdasarkan bukti kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam perbuatannya membuang mayat bayi itu.

Wanita berkenaan mengaku membunuh bayinya atas alasan tidak mahu memiliki anak lagi kerana sudah mempunyai tiga anak yang masih kecil dan keadaan ekonomi keluarga yang tidak menentu.

Menurut polis, suspek melahirkan bayinya sendirian di bilik air di rumahnya dan selepas bersalin, dia sempat membersihkan dan menyusukan bayinya. 

Namun kerana tidak mahukan bayi itu, suspek kemudian bertindak menekup mulut dan hidung bayinya selama lebih 10 minit sehingga mangsa tidak lagi bernyawa.

Bagi menghilangkan bukti kejadian, suspek memasukkan mayat bayi itu ke dalam bakul pakaian dan menutupnya dengan beg. 

“Hanya selepas dua hari mayat bayi itu berada di dalam rumah, barulah suspek keluar menaiki basikal untuk membuang mayat tersebut berhampiran sebuah warung kira-kira 500 meter dari kawasan rumahnya,” jelas polis.

Wanita itu juga dilaporkan menyembunyikan kandungan dari suaminya yang bekerja sebagai pemandu teksi motosikal dalam talian, konon perutnya kembung kerana komplikasi pil perancang.

Malah suspek berbohong mengatakan kesan darah proses bersalin yang sempat ditemui suaminya dilantai rumah itu hanyalah titisan darah haidnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN