Wanita bentang PowerPoint kongsi kisah berpacaran - Utusan Malaysia

Wanita bentang PowerPoint kongsi kisah berpacaran

AMBER menggunakan pembentangan PowerPoint untuk menceritakan mengenai kisah berpacaran. -  AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DES MOINES: Seorang wanita bujang dari Iowa, Amerika Syarikat (AS) menarik perhatian ramai selepas menggunakan pembentangan PowerPoint untuk menceritakan mengenai kisah kegagalan berpacaran dalam hidupnya sepanjang tahun ini.

Lapor Daily Mail, wanita bernama Amber itu berkata, dia mengambil ilham daripada senarai Spotify Wrapped menerusi penstriman muzik Spotify yang memaparkan lagu dan artis kegemaran pada tahun berkenaan.

Katanya, dia mengadaptasi pendekatan itu untuk berkongsi mengenai kisah cintanya dalam video dikenali sebagai Dating Wrapped.

Video dimuat naik di TikTok yang memaparkan Amber menggunakan perisian pembentangan popular itu bagi menceritakan mengenai kisah berpacaran, menjadi tular dalam media sosial.

Malah, video yang digelar `ikonik’ itu juga sudah mencatat lebih tiga juta tontonan sejak dimuat naik di platform tersebut.

Dalam video tersebut, Amber menunjukkan beberapa carta pai berhubung teman lelaki yang diajak keluar dan kesilapan dilakukan menerusi pembentangan PowerPoint.

“Selamat datang ke video Dating Wrapped 2022. Dalam pembentangan PowerPoint ini, saya ingin menceritakan mengenai 18 janji temu yang saya sempat lakukan pada tahun ini,” jelas rakaman itu.

Sementara itu, Amber turut menerangkan carta pai yang menunjukkan lokasi dia menjumpai lelaki berkenaan termasuk di aplikasi Tinder, Hinge dan Facebook.        

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN