Video si cilik dari Cameroon tunjuk bakat bermain dram, raih 43 juta tontonan - Utusan Malaysia

Video si cilik dari Cameroon tunjuk bakat bermain dram, raih 43 juta tontonan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAOUNDE: Seorang kanak-kanak lelaki dari Cameroon mendapat perhatian baru-baru ini selepas rakaman aksi ciliknya bermain set dram buatan sendiri tular di media sosial.

Kanak-kanak comel itu bermain dram yang diperbuat daripada bahan-bahan terbuang dan bekas tin kosong yang diletakkan secara terbalik.

Ramai warganet yang kagum dengan kebolehan dan gaya bersahaja dipamerkan kanak-kanak itu ketika bermain dram berkenaan.

Ada yang terpegun dengan bakat semula jadi dan kemahiran ditunjukkan budak lelaki itu seperti seorang pemain dram profesional.

Video itu dikongsi di laman Instagram oleh seorang pengguna bernama Zijan Tang.

Pengguna tersebut merakam video itu beberapa tahun lalu ketika bercuti bersama rakannya ke kawasan luar bandar di Cameroon.

Sejak dikongsi pada 5 November lalu, video tersebut mengumpul lebih 43.8 juta tontonan dan lebih 3 juta tanda suka.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.