Tiga angkasawan China pulang ke bumi selepas misi 6 bulan di Tiangong - Utusan Malaysia

Tiga angkasawan China pulang ke bumi selepas misi 6 bulan di Tiangong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Tiga angkasawan China mendarat dengan selamat di bumi semalam dengan menaiki kapsul kemasukan semula kapal angkasa Shenzhou-14.

Lapor stesen penyiaran CCTV, kepulangan itu sekali gus menamatkan misi enam bulan di stesen angkasa lepas China.

Tiga angkasawan terbabit ialah, komander Chen Dong dan rakan sepasukan Liu Yang dan Cai Xuzhe.

Mereka memantau tempoh paling penting dalam pembinaan stesen angkasa lepas China yang siap pada November lalu.

Kesemua angkasawan itu dilaporkan dalam keadaan sihat.

Kapsul itu mendarat di tapak Dongfeng di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam di utara China pada pukul 8:09 malam (waktu tempatan).

Agensi angkasa lepas China mengisytiharkan keseluruhan misi yang bermula pada 5 Jun lalu ‘berjaya’.

Kakitangan di tapak pendaratan itu membawa keluar satu persatu anak kapal yang kelihatan keletihan dan sejurus selepas pukul 9:00 malam, ketiga-tiga angkasawan itu berjaya keluar daripada kapsul terbabit dengan selamat.

Anak kapal dengan tiga angkasawan baharu China tiba di stesen angkasa lepas Rabu lalu dengan menaiki Shenzhou-15 untuk mengambil alih tempat tiga angkasawan yang pulang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya