Suami isteri curi duit RM34,000 guna telefon dijumpai tepi jalan - Utusan Malaysia

Suami isteri curi duit RM34,000 guna telefon dijumpai tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pasangan suami isteri yang masing-masing berusia 36 dan 24 tahun ditahan polis selepas didakwa melakukan transaksi perbankan menggunakan telefon yang ditemukan di tepi jalan.

Pasangan suami isteri itu memindahkan duit berjumlah 120 juta rupiah (RM34,045) menggunakan aplikasi perbankan yang terdapat dalam telefon pintar yang ditemukan mereka di Jakarta Selatan.

Beberapa jam selepas melakukan perbuatan itu, kedua-dua pasangan suami isteri itu ditahan di Stesen Pasar Senen, Jakarta Pusat.

Jurucakap polis, Mashuri berkata, pasangan suami isteri itu baru berkahwin.

“Kejadian itu bermula selepas mereka menemukan sebuah telefon pintar jenis Samsung Galaxy A3 di satu kawasan di Mampang.

“Selepas membuka telefon berkenaan, mereka menemukan aplikasi perbankang Bank Republik Indonesia (BRI) Mobile dan berjaya mengaksesnya menerusi kaedah lupa kata laluan.

“Suami isteri itu kemudiannya memindahkan duit berjumlah 120 juta rupiah ke akaun si isteri,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Jelas Mashuri, pemilik telefon bimbit itu kemudiannya membuat laporan polis selepas menyedari telefonnya hilang, selain mendapat notifikasi mengenai pemindahan duit berkenaan.

Polis berjaya menahan kedua-dua suspek berdasarkan maklumat perbankan.

Polis turut merampas empat buah telefon bimbit, tiga kad ATM, enam perhiasan emas dan wang tunai berjumlah lima juta rupiah (RM1,418) ketika pasangan suami isteri itu ditahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.