Mongolia: Ribuan penduduk sertai protes bantah rasuah, inflasi tinggi - Utusan Malaysia

Mongolia: Ribuan penduduk sertai protes bantah rasuah, inflasi tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ULAANBAATAR: Ribuan penduduk mengharungi suhu sejuk melampau dengan menyertai protes di ibu negara Mongolia bagi membantah dakwaan rasuah dalam industri arang batu dan kadar inflasi yang melambung tinggi.

Malah, penunjuk perasaan juga cuba menyerbu bangunan kerajaan termasuk istana negara.

Lapor Al Jazeera, penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Sukhbaatar, tengah Ulaanbaatar dibawah suhu -21 darjah Celsius, sambil menuntut tindakan dikenakan terhadap pegawai yang korup selain menggesa parlimen dibubarkan.

Antara plakad yang dibawa oleh penunjuk perasaan tertera `Tolonglah kami, negara kami sedang hancur’.

Malah, beberapa petani juga dilaporkan pergi ke bandar untuk mengambil bahagian dalam protes itu.

Penduduk Mongolia kecewa dengan keadaan ekonomi yang semakin `tenat’, dengan kadar inflasi melambung tinggi kepada 15.2 peratus susulan pencerobohan Russia ke atas Ukraine dan penutupan sempadan yang menjejaskan perdagangan dengan China.

Malah, rakyat berang selepas selepas pemberi maklumat mendakwa sekumpulan penggubal undang-undang yang mempunyai kaitan dengan industri arang batu, menyeleweng berbilion dolar.

Sementara itu, pengarah Caritas Republik Czech di Ulaanbaatar, Jana Zilkova berkata, penduduk semakin terkesan akibat ketidakstabilan ekonomi itu.

“Rakyat kecewa dan marah dengan kes ini kerana mereka dijanjikan bahawa kekayaan negara akan dikongsi secara bersama,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya