Restoran terapung di Essex makin 'tenggelam' - Utusan Malaysia

Restoran terapung di Essex makin ‘tenggelam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sebuah restoran terapung yang popular di Essex semakin tenggelam.

Lapor metro.co.uk, gambar keadaan tapak restoran terapung Miller dan Carter di luar pusat beli-belah Lakeside dikongsi ramai warga net di laman sosial pagi ini.

Ramai penduduk tempatan membandingkan keadaan restoran itu seperti kapal Titanic yang sedang karam.

Gambar-gambar itu mencetuskan kebimbangan kepada mereka yang sudah membuat tempahan awal untuk menikmati hidangan Krismas di sana esok.

“Mengerikan melihat keadaan ini berlaku di salah satu tempat makan kegemaran saya,” kata salah seorang pengguna laman Twitter, Simon Harris.

Kumpulan Mitchells dan Butlers yang mengendalikan restoran itu telah dihubungi namun masih belum memberikan sebarang komen berhubung keadaan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN