Presiden Peru dipecat, ditahan polis selepas umum bubar Kongres - Utusan Malaysia

Presiden Peru dipecat, ditahan polis selepas umum bubar Kongres

PEDRO CASTILLO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMA: Presiden Peru, Pedro Castillo disingkirkan daripada jawatannya dan ditahan kelmarin selepas cuba membubarkan Kongres dalam cubaan yang disifatkan pelbagai pihak sebagai menggulingkan kerajaan.

Pergolakan politik itu menyebabkan Timbalan Presiden, Dina Boluarte menjadi presiden wanita Peru yang pertama.

Menerusi siaran televisyen, Castillo, 53, mengumumkan beliau membubarkan Konres yang didominasi ahli politik pembangkang, bakal melaksanakan perintah berkurung dan akan meneruskan pentadbiran mengikut dekri sekurang-kurangnya selama sembilan bulan.

Sebelum membuat pengumuman itu, kesemua anggota Kongres mengadakan pertemuan dan membahaskan usul pemecatan Castillo dan meluluskannya dengan undian 101 daripada 130 anggota.

Castillo kemudiannya meninggalkan kediaman presiden selepas undian pemecatannya dibuat dengan niat untuk mencari perlindungan suaka di kedutaan Mexico sebelum beliau ditahan polis.

Selepas penahanannya diumumkan secara rasmi, pejabat peguam memaklumkan Castillo kini disiasat atas dakwaan memberontak.

Sementara itu, Boluarte mengangkat sumpah sebagai presiden baharu negara ini, dua jam selepas Castillo mengumumkan rancangannya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya