Migrasi meningkat, populasi penduduk AS melonjak tinggi

Migrasi meningkat, populasi penduduk AS melonjak tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kadar migrasi ke Amerika Syarikat dijangka ‘meningkat pada tahap tertinggi’ bagi tahun ini, sekali gus menyaksikan pertumbuhan populasi selepas pandemik Covid-19.

Jumlah penduduk AS meningkat sehingga 0.4 peratus pada tahun ini berbanding 0.1 peratus pada tahun lalu.

Menurut Biro Bancian AS kelmarin, kadar penghijrahan antarabangsa rendah sejak 2020, iaitu tahun pertama pandemik berlaku yang menyaksikan sekatan perjalanan dan sempadan ditutup.

Berdasarkan data yang diperoleh, migrasi bersih dikesan bertambah lebih sejuta orang, iaitu peningkatan mendadak berbanding 2021 yang berjumlah 376,029.

“Keadaan itu secara tidak langsung menunjukkan corak migrasi sudah kembali seperti sebelum pandemik,” jelas biro berkenaan menerusi kenyataan.

Dalam pada itu, pegawai demografi di biro berkenaan, Kristie Wilder berkata, terdapat peningkatan jumlah kelahiran dari tahun ke tahun sejak 2007.

Bagi pertambahan semula jadi, jumlah kelahiran selepas ditolak kematian, populasinya meningkat sebanyak 245,080 orang.

Antara negeri yang merekodkan peningkatan populasi terbesar adalah texas dan Florida.

Namun, New York mengalami penurunan populasi tahunan terbesar disebabkan oleh penghijrahan domestik ke luar negeri.

Situasi itu menyebabkan bandar raya tersebut mengalami kekurangan tenaga buruh dan penyertaan pekerja lebih rendah biarpun mereka ditawarkan gaji yang tinggi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.