Lelaki Thailand ditahan edar 500 bahan lucah dirakam secara tersembunyi - Utusan Malaysia

Lelaki Thailand ditahan edar 500 bahan lucah dirakam secara tersembunyi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang lelaki ditahan selepas didakwa menghasilkan dan mengedar lebih 500 gambar serta video tidak senonoh menggunakan ‘spycam’.

Menurut polis, sebanyak 39 daripada 500 bahan itu memaparkan beberapa bintang terkenal Thailand.

Kes tersebut terbongkar selepas polis dimaklumkan mengenai iklan dalam satu laman web yang menjemput pengguna internet menonton bahan lucah yang diambil secara tersembunyi.

Pentadbir laman web tersebut turut mewujudkan satu kumpulan chat dabn setiap ahli perlu membayar 250 hingga 1,000 baht (RM31-RM125) untuk menyertai kumpulan tersebut.

Unit Polis Siber Thailand memaklumkan, sebanyak 530 video dan gambar lucah dikongsi dalam kumpulan chat berkenaan.

Sehubungan itu, polis menyerbu rumah suspek di wilayah Chon Buri dan menahannya.

Suspek yang dikenali sebagai Worrasak, 31 tahun mengakui kesalahannya, selain polis turut menemukan perlatan yang digunakan untuk melakukan jenayahnya.

Suspek memberitahu, dia mengunjungi pelbagai tempat termasuk hospital, stesen kereta api, pusat beli-belah dan kedai serbaneka untuk merakam gambar lucah wanita yang mengenakan skirt pendek menggunakan alat kamera khas.

Sasarannya adalah golongan pelajar dan pekerja pejabat yang mengenakan skirt pendek.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN