Korea Selatan wajibkan ujian Covid-19 terhadap pengembara China - Utusan Malaysia

Korea Selatan wajibkan ujian Covid-19 terhadap pengembara China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Selatan bakal mengenakan ujian mandatori Covid-19 ke terhadap pelancong dari China, menyertai Amerika Syarikat (AS), Jepun dan negara lain sebagai langkah baharu selepas keputusan Beijing menarik balik dasar sifar Covid yang ketat.

Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck-soo, berkata negara itu juga akan mengehadkan pengeluaran visa jangka pendek untuk warga China sehingga akhir bulan depan.

Beliau berkata kerajaan akan menghentikan sementara peningkatan penerbangan dari China dengan menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon sebagai satu-satunya pintu masuk untuk mana-mana penerbangan dari negara jiran itu.

Berkuat kuasa 5 Januari, pengembara dari China dikehendaki mengemukakan keputusan negatif daripada ujian PCR tidak lebih daripada 48 jam atau ujian antigen pantas yang diambil dalam masa 24 jam sebelum berlepas, selain menjalani ujian PCR lain ketika ketibaan mulai 2 Januari.

“Kami perlu segera bersedia untuk sebarang kesan riak domestik berikutan pelonggaran peraturan kuarantin China.

“Kami akan bersiap sedia untuk mengambil langkah lebih tegas sekiranya keadaan menjadi lebih teruk, jika kami melihat peningkatan pesat jangkitan daripada ketibaan atau kemunculan varian baharu,”kata Duck-soo.

Mulai bulan ini China mula melonggarkan sekatan Covid-19 seingga menyebabkan gelombang jangkitan baharu, sekali gus mendorong negara lain mengenakan atau mempertimbangkan untuk mengenakan sekatan ke atas pelancong dari negara itu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya