BELGRADE: Sekurang-kurangnya 51 orang alami keracunan apabila kereta api membawa gas ammonia tergelincir di tenggara Serbia, semalam.
Perkara itu diamklumkan oleh Datuk bandar Pirot, Vladan Vasic, di mana insiden itu berlaku.
“Seramai tujuh orang sudah dibawa ke hospital di Nis, iaitu bandar besar terdekat dengan lokasi kejadian, kata Vasic menerusi sidang akhbar.
Media tempatan melaporkan, kereta api itu tergelincir pada waktu petang, menyebabkan kebocoran (ammonia) dan penyebaran gas ke atmosfera, menurut kementerian dalam negeri dalam satu kenyataan.
Keadaan kecemasan diisytiharkan di bahagian yang terjejas di bandar mempunyai 60,000 penduduk, dan pihak berkuasa menyeru penduduk agar kekal di dalam rumah mereka.
Kereta api dengan 20 gerabak itu dilaporkan mengangkut bahan toksik tersebut dari negara jiran Bulgaria. – AFP