Kepulauan Meranti tarik perhatian selepas ugut mahu sertai Malaysia - Utusan Malaysia

Kepulauan Meranti tarik perhatian selepas ugut mahu sertai Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kepulauan Meranti mendapat perhatian baru-baru ini selepas Pemangku Ketua Daerahnya mengugut untuk mengangkat senjata dan menyertai Malaysia kerana merasakan kerajaan Indonesia tidak mahu menjaga wilayah dan rakyatnya.

Kepulauan Meranti menjadi bualan selepas pemangku Ketua Daerahnya, Muhammad Adil kecewa tentang isu berkaitan Dana Bagi Hasil (DBH).

Malah beliau juga menuduh Kementerian Kewangan menjadi dalang disebalik masalah yang timbul dalam DBH.

Beliau menyuarakan rasa tidak puas itu dalam mesyuarat Mesyuarat Penyelarasan Hasil dan Perbelanjaan Wilayah di Pekanbaru bulan lalu.

Isu itu turut mencetuskan tanda tanya dalam kalangan penduduk mengenai lokasi Kepulauan Meranti.

Kepulauan Meranti merupakan salah satu daerah yang berada di Riau, Indonesia dengan jumlah penduduk sekitar 206,116 orang.

Kepulauan Meranti berfungsi sebagai pintu gerbang antarabangsa yang menghubungkan Riau darat dengan negara jiran melalui jalan laut.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya