Kapal karam dibadai angin kencang, 33 tentera laut Thailand hilang - Utusan Malaysia

Kapal karam dibadai angin kencang, 33 tentera laut Thailand hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Pasukan tentera Thailand mengerahkan kapal perang dan helikopter bagi mengesan seramai 33 anggota tentera laut yang dilaporkan hilang selepas kapal yang dinaiki karam akibat cuaca buruk di Teluk Thailand.

Sebanyak tiga kapal perang dan dua helikopter dihantar ke wilayah Prachuap Khiri Khan di selatan Bangkok selepas kapal HTMS Sukhothai mengalami masalah enjin dan karam sebelum waktu tengah malam semalam.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilakukan semalam berjaya menemukan 73 daripada 106 penumpang dengan 33 lagi hilang.

Menerusi twitter, pasukan tentera Thailand berkongsi sejumlah imej dan video menunjukkan pasukan penyelamat melakukan operasi SAR.

Kapal Sukhothai yang dibina di Amerika Syarikat digunakan sejak 1987 dibadai angin kencang semalam sebelum dimasuki air dan karam. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN