Kanak-kanak terperangkap dalam perigi di India meninggal dunia - Utusan Malaysia

Kanak-kanak terperangkap dalam perigi di India meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADHYA PRADESH: Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang terperangkap selama 70 jam di dalam perigi sedalam 122 meter dilaporkan meninggal dunia ketika dia dibawa keluar oleh pasukan penyelamat.

Sahu dilaporkan terperangkap di dalam perigi tersebut selepas terjatuh ke dalamnya ketika bermain di kawasan berhampiran rumahnua di daerah Betul pada Selasa lalu.

Kehilangannya disedari keluarganya dan operasi mencari menemukan kanak-kanak itu terperangkap dalam perigi, sebelum kerja-kerja menyelamatkan dilakukan segera.

Semua pasukan keselamat bertungkus-lumus menyelamatkan Sahu selama empat hari tanpa henti menerusi operasi yang berlangsung selama 70 jam.

Media tempatan melaporkan, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia selepas dia berjaya dibawa keluar dari perigi berkenaan.

Insiden itu memberi tamparan hebat kepada keluarganya yang berharap kanak-kanak tersebut dapat diselamatkan.

Terdahulu, Bapa Sahu, Sunil Sahu, memberitahu, anak lelakinya masih bernafas dan mendengar suaranya dari lubang kecil itu ketika kejadian berlaku.

Satu video yang dikongsi dalam talian menunjukkan orang ramai turut berkumpul ketika pasukan penyelamat meneruskan operasi mengeluarkan kanak-kanak itu.

Imej yang disiarkan di media sosial menunjukkan tiub kuning dimasukkan ke dalam lubang untuk memberikan bantuan oksigen kepadanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN