Kalah judi, isteri jual diri kepada tuan rumah - Utusan Malaysia

Kalah judi, isteri jual diri kepada tuan rumah

SEORANG wanita sanggup mempertaruhkan dirinya sendiri akibat ketagihan dengan permainan judi dalam talian.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang lelaki India baru-baru ini memfailkan petisyen aneh untuk meminta bantuan kepada polis di Pratapgarh di Uttar Pradesh, mendakwa isterinya mengalami masalah ketagihan berjudi hingga sanggup menjual dirinya kepada tuan rumah mereka.

Pegawai polis, Subodh Gautam berkata, pasangan itu tinggal di sebuah rumah sewa namun isterinya dilaporkan ketagih dengan permainan dalam talian bernama Ludo dan sering bermain dengan tuan rumahnya semasa suaminya pergi bekerja.

Menurut Gautam, lelaki itu mendakwa dia sering memberikan wang kepada isterinya tetapi wanita itu tidak menyimpannya atau membeli barangan keperluan untuk keluarga, sebaliknya menggunakannya untuk berjudi dalam talian dengan tuan rumah mereka.

Selepas kehilangan semua wang pertaruhan, lelaki itu mendakwa isterinya yang dikenali sebagai Renu, sangat terdesak sehingga sanggup mempertaruhkan dirinya sendiri dalam talian.

Selepas kalah dalam permainan itu, Renu berpindah untuk tinggal bersama tuan rumahnya mengikut perjanjian yang dibuat mereka sehingga sanggup meninggalkan dua anaknya.

Lelaki itu membuat aduan kepada polis tempatan kerana terpaksa meninggalkan pekerjaannya di Jaipur untuk pulang ke rumah dan menjaga dua anak mereka.

Jelas Gautam, lelaki itu meminta bantuan polis selepas isterinya enggan pulang ke pangkuan keluarga kerana menghormati pertaruhan yang telah dibuat bersama tuan rumahnya itu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya