Gangguan tekanan udara serius, 36 penumpang Hawaiian Airlines cedera - Utusan Malaysia

Gangguan tekanan udara serius, 36 penumpang Hawaiian Airlines cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAWAII: Sekurang-kurangnya 36 penumpang syarikat penerbangan Hawaiian Airlines cedera dengan 20 daripadanya dibawa ke unit kecemasan selepas pesawat dinaiki mengalami ’gangguan tekanan udara teruk’.

Ketika kejadian, pesawat itu dalam perjalanan dari Phoenix ke Honolulu, kelmarin.

Menurut pihak berkuasa Hawaii, sebanyak 11 pesakit dalam keadaan kritikal, selain seorang bayi berusia 14 bulan turut menjadi mangsa.

Pihak berkuasa kesihatan Hawaii memaklumkan, antara kecederaan yang dialami oleh mangsa termasuk luka serius di kepala, lebam dan pengsan.

Dalam pada itu, syarikat penerbangan tersebut menyatakan pihaknya sentiasa memantau keadaan mangsa yang terlibat dan akan memberikan apa jua sokongan serta bantuan yang diperlukan mereka.

“Perkhidmatan perubatan menyeluruh akan disediakan kepada penumpang yang cedera, termasuk kru kabin.

“Ada dalam kalangan mereka yang menerima rawatan kecemasan di lapangan terbang dan ada juga terpaksa dirawat di hospital,” jelas kenyataan Hawaiian Airlines.

Insiden itu dilaporkan berlaku 30 minit sebelum pesawat berkenaan mendarat di Honolulu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya