Fenomena 'awan berombak' dirakam di Wyoming - Utusan Malaysia

Fenomena ‘awan berombak’ dirakam di Wyoming

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHEYENNE: Beberapa penduduk di Wyoming di Amerika Syarikat (AS) teruja selepas berjaya merakam gambar pembentukan awan yang jarang berlaku merentasi ufuk seperti ombak lautan.

Fenomena kepulan awan unik itu kelihatan di atas puncak Pergunungan Bighorn dari bandar Sheridan.

“Ianya sangat istimewa dan selepas melihatnya saya segera merakamnya,” kata seorang penduduk tempatan, Rachel Gordon.

Keadaan itu dikenali sebagai ketidakstabilan Kelvin-Helmholtz, yang terbentuk apabila aliran udara yang lebih laju bergerak di atas udara yang meningkat di bahagian bawah.

Pembentukan awan itu dinamakan sempena saintis Lord Kelvin dan Hermann von Helmholtz, yang membuat kajian fizik di sebalik fenomena itu.

Cloud Appreciation Society yang berpangkalan di United Kingdom (UK) menggambarkan formasi tersebut sebagai permata mahkota dalam banyak koleksi pencari awan.

Fenomena itu juga dikenali sebagai awan fluktus yang dilihat sebagai inspirasi kepada lukisan oleh pelukis terkenal, Vincent Van Gogh bertajuk Starry Night.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya