Doktor rebah kepenatan rawat pesakit Covid-19 di China

Doktor rebah kepenatan rawat pesakit Covid-19 di China

KEADAAN di sebuah hospital di China yang sesak dengan pesakit sehingga ada dalam kalangan mereka dirawat atas lantai. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Situasi di China semakin tidak terkawal apabila bekalan ubat-ubatan di seluruh negara semakin habis, menyebabkan ramai penduduk sukar mendapatkan bekalan, termasuk kit ujian dalam menghadapi lonjakan kes Covid-19.

Kebanyakan farmasi di bandar-bandar utama mengalami kekurangan bekalan ubat selepas kerajaan China melonggarkan hampir semua sekatan Covid-19, termasuk perintah berkurung, kuarantin dan ujian saringan besar-besaran.

Bagi menangani masalah tersebut, puluhan firma farmaseutikal di negara ini diarahkan oleh pihak berkuasa untuk ‘membantu menyelamatkan’ bekalan ubatan penting.

Sekurang-kurangnya bekalan ubatan oleh 11 daripada 42 pengeluar kit ujian yang produknya sudah dilesenkan pihak berkuasa China sudah diambil oleh kerajaan atau menerima tempahan daripada pihak lain.

Di Beijing, pihak berkuasa turut menghantar kakitangan tambahan kepada enam pengeluar kit ujian untuk membantu mereka meningkatkan pengeluaran.

Sementara itu, petugas hospital di Chongqing mengesahkan 80 hingga 90 peratus daripada pesakit yang dimasukkan ke wad adalah positif Covid-19 dengan kebanyakannya warga emas.

Selain itu, jumlah kemasukan pesakit ke hospital yang semakin terkawal turut menyebabkan kesesakan di beberapa pusat perubatan sehingga menyebabkan ada pesakit terpaksa dirawat atas lantai kerana kekurangan katil.

Tidak cukup dengan itu, turut tular satu video menunjukkan seorang doktor yang kepenatan tiba-tiba rebah ketika merawat pesakit di hospital. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN