Dibaling ayam beku oleh bekas kekasih, kulit kepala wanita tersiat

Dibaling ayam beku oleh bekas kekasih, kulit kepala wanita tersiat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEKASI: Seorang wanita cedera parah di bahagian kepala selepas dibaling dengan seekor ayam beku oleh bekas teman lelakinya akibat cemburu.

Insiden itu berlaku selepas mangsa yang berusia 26 tahun mengakui dia sudah menjalin hubungan cinta baharu dengan lelaki lain, menyebabkan suspek berasa cemburu dan tidak dapat menahan emosi.

Kejadian itu berlaku di sebuah kedai menjual daging di Bekasi pada hujung minggu lalu.

“Saya memeberitahunya saya sudah mempunyai teman lelaki lain kerana tidak mahu lagi diganggunya.

“Namun, saya tidak menyangka bekas teman lelaki akan mengamuk dan sanggup memukul kepala saya dengan ayam beku,” kata mangsa kepada Kompas.com.

Mangsa menceritakan, bekas teman lelakinya datang ke kedai tempat dia bekerja dan bertengkar sambil mengeluarkan pisau.

Mangsa bagaimanapun berjaya mengawal keadaan dan suspek beredar dengan menaiki motosikal.

Beberapa jam selepas itu, kedua-duanya bergaduh menerusi aplikasi Whatsapp menyebabkan suspek sekali lagi datang ke tempat kerja mangsa.

Ketika di sana, kedua-duanya saling bertengkar menyebabkan suspek membuka peti beku, lalu mengambil seekor ayam beku lalu membalingnya ke arah kepala mangsa.

Insiden itu menyebabkan kepala mangsa mengalami koyakan dan pendarahan.

“Sebelum itu, saya juga dipukul menggunakan topi keledar dan disiram air,” ujar mangsa.

Suspek kemudiannya melarikan diri dan mangsa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN