fbpx

Dedah pesawat pengebom baharu, AS sedia hadapi ancaman China

PETALING JAYA: Washington meningkatkan kesiapsiagaan dengan sebarang ancaman luar pada bila-bila masa khususnya berdepan ancaman China.

Pakar Undang-Undang Antarabangsa, Prof. Madya Dr. Salawati Mat Basir berpandangan pendedahan jet B-21 Raider oleh syarikat pengeluar, Northrop Grumman di Palmdale, California adalah mesej jelas Amerika Syarikat (AS) terhadap mana-mana negara yang lebih moden dan mempunyai kelengkapan teknologi persenjataan terkini.

“Mesejnya jelas iaitu AS bersedia dengan sebarang ancaman luar dan dalam oleh mana-mana pihak yang lebih moden dan terkini.

“Ancaman pada AS sekarang lebih kepada penguasaan China di Laut China Selatan,” katanya.

Beliau mengulas mengenai pendedahan pesawat pengebom baharu, B-21 Raider kepada umum selepas dibangunkan secara rahsia sejak beberapa tahun lalu.

Pembangunan pesawat pengebim itu juga dilihat sebagai sebahagian maklum balas Pentagon terhadap kebimbangan mengenai konflik masa depan dengan China yang semakin meruncing.

B-21 Raider dibangunkan sejak 2014 hasil pembangunan pesawat pengebom baharu dalam tempoh tiga dekad.

Mengulas lanjut, Salawati berkata, mesej tersebut sangat jelas antara dua negara apabila Kementerian Luar China pernah mengeluarkan kenyataan rasmi di New York, awal Januari lalu.

Kenyataan itu menegaskan Beijing tidak teragak-agak menyerang dan berperang dengan mana-mana negara yang menceroboh atau mencampuri urusan kedaulatan dan wilayahnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN