MUMBAI: Angka korban pelarian Rohingya yang terkandas dalam bot di luar kepulauan Andaman di India, dikhuatiri meningkat sekurang-kurangnya 20 kematian.
Menurut dua kumpulan aktivis Rohingya Myanmar, kumpulan pelarian itu dikhuatiri meninggal dunia akibat kehausan, kelaparan atau lemas di perairan itu.
Dilaporkan, sekurang-kurangnya 100 pelarian Rohingya terkandas dalam bot di luar kepulauan Andaman.
Hampir setiap tahun, ramai pelarian Rohingya mempertaruhkan nyawa menaiki bot kecil untuk melarikan diri daripada keganasan di Myanmar dan kesukaran di kem pelarian Bangladesh.
Malah, kebanyakan mereka cuba sampai ke Malaysia.
Menurut sumber, bot membawa pelarian Rohingya yang terkandas itu didekati oleh lima kapal dari India.
Sementara itu, jurucakap Tentera Laut India memaklumkan, setakat ini, pihaknya tidak mempunyai sebarang butiran untuk dikongsi.
“Kami menganggarkan kira-kira 20 orang sudah meninggal dunia, ada yang maut akibat kelaparan dan dahaga serta yang lain melompat ke laut kerana terdesak.
“Ini sungguh mengerikan dan keterlaluan,” kata Pengarah Projek Arakan, Chris Lewa. – REUTERS