Bintang bola keranjang AS dibebaskan sebagai pertukaran untuk pengedar senjata Russia - Utusan Malaysia

Bintang bola keranjang AS dibebaskan sebagai pertukaran untuk pengedar senjata Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengesahkan bintang bola keranjang AS, Brittney Griner, dibebaskan dari penjara Russia semalam, sebagai pertukaran dengan pedagang senjata Russia, Viktor Bout yang terkenal dengan gelaran ‘Saudagar Kematian’.

Griner, 32, yang ditangkap di Russia pada Februari lalu atas tuduhan memiliki dadah dan Bout, 55 yang menjalani hukuman penjara selama 25 tahun di AS, dilakukan di lapangan terbang di Abu Dhabi.

Dalam rakaman yang dikeluarkan media Russia, Griner, yang dicukur rambutnya dan Bout yang kelihatan tenang, melintasi laluan di landasan lapangan terbang, menuju ke arah pesawat yang membawa mereka pulang ke negara masing-masing.

Biden mengumumkan pembebasan Griner dalam ucapannya kepada rakyat di White House dan memberitahu dia berada dalam keadaan yang baik selepas mengalami trauma.

“Griner selamat, dalam pesawat dan dalam perjalanan pulang. Saya sudah bercakap dengan beliau dan atlet itu berada dalam semangat yang baik selepas mengalami trauma yang tidak perlu,” katanya.

Griner, pemenang dua kali pingat emas Olimpik, juara Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan Wanita (WNBA) dan pelopor LGBT, ditahan di lapangan terbang Moscow sembilan bulan lalu, ketika ketegangan yang memuncak di Ukraine.

Dia dituduh memiliki kartrij vape dengan kuantiti minyak ganja yang kecil dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun pada Ogos lalu.

Bout, yang dituduh membekalkan senjata kepada pemberontak dalam beberapa konflik paling berdarah di dunia, ditahan dalam operasi AS di Thailand pada 2008, diekstradisi ke AS dan dijatuhi hukuman penjara 25 tahun pada 2012.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya